Cuckoo vs Coway vs Hijrah Water – Perbandingan Penapis Air Di Malaysia

Kalau anda pergi ke mana-mana , sama ada ke rumah kawan ke rumah makcik ke rumah saudara mara ke mereka mesti ada penapis air. Antara jenama yang tengah terlaris dan tengah popular sekarang ialah Cuckoo,Coway dan Hijrah Water.

Kalau anda pening kepala nak fikir mana satu yang lebih sesuai dan apa kelainan Cuckoo,Coway, dan Hijwah Water ni, baca sampai habis.
Jadi apa beza penapis air Cuckoo vs Coway vs Hijrah Water?

Dalam perkongsian ini saya kongsikan dengan ringkas 5 perbezaan yang paling ketara di antara Cuckoo, Coway dan Hijrah Water.

1.Teknologi Penapisan Air

Cuckoo menggunakan teknologi Nano Positive Filter System dari Korea manakala Coway dan kebanyakan jenama lain menggunakan teknologi reverse osmosis. Hijrah Water pula menggunakan Calsium Collagen Water Technology yang terkini di mana hasil air tapisan adalah yang paling berkualiti.

Hijrah Water
Hijrah Water menggunakan Calsium Collagen Water Technology. Hijrah Water dengan kerjasama pihak UPSI telah menjalankan R&D bersama dan telah berjaya menghasilkan inovasi penapis air yang pertama di Malaysia yang bukan sahaja mengeluarkan air bermineral, alkali dan hidrogen malah mengeluarkan air berkalsium.

Hijrah Water mempunyai 6 penapisan air berbanding Cuckoo dan Coway yang hanya mempunyai 4 iaitu :-

  1. CERAMIC AND CLAY FILTRATION
  2. CTO AND MINERAL
  3. RESIN AND BAMBOO CARBON
  4. ORP AND ACF
  5. ALKALINE + NANO +TUORMALINE
  6. HIJRAH BIO FSHAP FILTER

Cuckoo
Nano Positive Filter- Penapisan Cuckoo menghasilkan air mineral manakala penapisan coway mengeluarkan air hasil daripada reverse osmosis. Penapis air Cuckoo menggunapakai 4 jenis filter iaitu :

  1. SEDIMENT FILTER
  2. PRE-CARBON FILTER
  3. NATURAL FILTER
  4. NANO POSITIVE FILTER

Coway
Reverse Osmosis – Melalui sistem tapisan Reverse Osmosis,ia akan menapis sehingga 99.99% bakteria dan juga benda asing didalam air. Namun kekurangan sistem Reverse Osmosis adalah tapisan ini turut menyingkirkan mineral dan bakteria yang baik diperlukan oleh tubuh. Penapis air Coway  mempunyai 4 jenis filter:

1. NEO SENSE (Sediment Pre Carbon)
2. REVERSE OSMOSIS MEMBRANE (RO)
3. PLUS INNO-SENSE (Post-Carbon Fine)
4. CERAMIC

2. Hasil Penapisan ( Kualiti Air )

Perbandingan kualiti air antara Cuckoo, Coway, dan Hijrah Water ibarat perbandingan air reverse osmosis, air mineral, dan air yang menyamai air zam-zam. Walaupun air mineral itu lagi berkualiti berbanding air reverse osmosis, air zam-zam atau air yang nilai pH nya nak dekat sama dengan air zam-zam sememangnya kualiti yang terbaik.

Hijrah Water


Hijrah Water menghasilkan air mineral beralkali kalsium kolagen. Kalsium amat diperlukan oleh tubuh, tulang dan gigi terutama kepada kanak-kanak dan orang dewasa. Selain itu kandungan alkali pula bagi membantu untuk meneutralkan asid dalam badan, memudahkan sistem pencernaan, membantu untuk diet, anti penuaan dan khasiat lain. Kajian juga mendapati pH Hijrah Water hampir sama dengan pH air zam-zam. Jadi tak hairan la ramai yang mahukan air Hijrah Water. Kualiti air menyamai air zam-zam iaitu air yang paling berkualiti di dunia ni.

Cuckoo
Dengan teknologi Nano Positive Filter, Cuckoo menghasilkan air bermineral dan beralkali ringan. Mineral yang baik untuk tubuh akan dikekalkan. Air yang ditapis oleh penapis air Cuckoo adalah selamat dan sihat kerana kandungan alkali ringan serta kandungan mineralnya. Kadar pH air yang ditapis oleh penapis air Cuckoo adalah sekitar 7.0 (Natural) hingga 8.0 (alkali ringan).

Coway
Air Reverse Osmosis (RO) – Coway menggunakan sistem tapisan Reverse Osmosi dimana ia menapis hampir semua benda asing juga mineral dan zat galian didalam air tersebut. Coway dapat kekurangan mineral  berbanding penapis air Cuckoo. Penapis air Coway adalah sekitar pH 6.0 hingga pH 6.9.

3. Promosi / Pakej Yang Ditawarkan

Hijrah Water

  • Potongan harga jika dibayar tunai
  • 2FREE gifts untuk produk tertentu
  • 3Kerap ada promosi berdasarkan musim.

Contohnya pada musim raya ni, Hijrah Water menawarkan free gifts seperti periuk rendang bernilai RM579 untuk pembelian secara tunai water dispenser mereka. Dahlah dapat air berkualiti , dapat pula alatan dapur yang bagus lagi.

Cuckoo
Berikut adalah promosi dan pakej-pakej yang ditwarkan oleh Cuckoo dan Coway :-

1. Cuckoo Goood Plan
2. Cuckoo Goood Deal

Coway

1. Diskaun
2. Beli tahun ini, mula bayar tahun hadapan

4. Servis

Servis Coway hanya membersihkan filter dan komponen sahaja apabila mereka melakukan servis. Cuckoo pula tukar filter habis. Maksudnya filter itu akan digantikan dengan yang baru. Manakala Hijrah Water pula, kekerapan servis bergantung pada model penapis air. Ada penapis air yg ada 4 filter, ada yg 6 filter.

Hijrah Water menggunakan sistem 6 langkah dalam proses servis mereka.

  1. Proses sterilisation dan cucian tangki
  2. Pertukaran katrij
  3. Proses sterilisation dan pencucian water tap
  4. Penyelenggaraan sistem
  5. Pembersihan luaran
  6. Menyimpan rekod pada kad servis

Proses 6 langkah ini memstikan dalama, luaran, dan semua aspek kualiti Hijrah Water di rumah anda sentiasa dibersihkan dan dijaga dengan baik.

5. Kos Pendaftaran Dan Pemasangan

Hijrah Water
Untuk Hijrah Water , ada bayaran untuk pendaftaran dan juga pemasangan. Hijrah Water menggunakan cara bayaran bebas riba, maksudnya anda tidak akan dikenakan interest pada bayaran anda. Sekiranya anda mahukan bayaran secara ansuran, anda hanya perlu buat standing instruction direct ke akaun hijrah water setiap bulan.

Mungkin kos untuk filter Hijrah Water sedikit mahal berbanding Cuckoo dan Coway, ini kerana kualiti filter dan katrij Hijrah Water adalah antara kualiti yang terbaik sekali. Contohnya untuk model kalsium filter dan katrij , mahal sikit sebab ada teknologi Calsium Collagen daripada sisik ikan.

Calsium Collagen dari sisik ikan? Teknologi apa tu?
Secara ringkasnya , bagi memastikan Hijrah Water memberi air yang terbaik kepada pengguna. Hijrah Water bekerjasama dengan pihak UPSI. Hasil kerjasama akhirnya berbuah hasil dengan penemuan sisik talapia dalam katrij penapis air Hijrah Water.

Pada asalnya, teknologi ini untuk tujuan perubatan memulihkan tulang yang patah & kulit yang terbakar. Sisik Talapia sangat tinggi dengan calcium. Hijrah Water mengambil langkah dengan menggunakan sisik talapia untuk semua katrij mereka. Sebab itu, air Hijrah Water semua berkhasiat tinggi.

Dulu, semua orang minum air RO (Reverse Osmosis). Sekarang, semua beralih kepada  minuman beralkali seperti kebanyakan jenama lain seperti Cuckoo. Tetapi Hijrah Water selangkah ke hadapan dengan memperkenalkan teknologi Calsium Collagen dalam semua penapis mereka. Teknologi ini juga berjaya menang 14 anugerah di dalam & luar negara.

Cuckoo
Tiada yuran pendaftaran, tiada yuran proses, tiada yuran pemasangan. Semua adalah 100% percuma.

Coway
Ada yuran pendaftaran sebanyak RM200. Namun pada tahun 2018, yuran RM200 tersebut telah diberi diskaun.RM0 yuran pendaftaran, kecuali model NEO.

Jadi itulah perbezaan dan perbandingan ringkas Hijrah Water dengan Cuckoo dan Coway. Secara keseluruhan , kita boleh simpulkan Hijrah Water menggunakan teknologi yang paling canggih berbanding Coway dan Cuckoo.

Hasil daripada penapisan Hijrah Water memberikan air mineral beralkali kalsium kolagen dan mempunyai nilai pH yang menyamai pH air zam-zam. Khasiat air Hijrah Water seperti kalsium amat diperlukan oleh tubuh, tulang dan gigi terutama kepada kanak-kanak dan orang dewasa.

Mungkin sesetengah orang memilih satu jenama ni berbanding yang lain. Ada yang memilih Coway kerana sudah lama pakai jenama itu, dan ada juga yang pakai Cuckoo kerana ada pengalaman pahit dengan Coway. Ada yang memilih Hijrah Water kerana inginkan kualiti air yang terbaik untuk kesihatan mereka.

Apa pun, yang pastinya semua orang ada pilihan masing-masing. Semoga perbandingan ringkas ini membantu anda untuk membuat keputusan yang terbaik untuk anda dan juga keluarga anda.

Terima kasih.

Suka Artikel Ini?

Share on facebook
Share di Facebook
Share on twitter
Share di Twitter
Share on whatsapp
Share di Whatsapp

Tinggalkan Komen Di Bawah