7 Kriteria Penting Memilih Penapis Air Di Rumah

Sekarang ni hampir setiap rumah ada penapis air. Kalau dulu kita kena ambil air menggunakan cerek kemudian kita masak air kemudian kita tunggu dia sejuk kemudian baru kita boleh minum. Sekarang dengan adanya penapis air kita boleh minum je terus sama ada air sejuk ke suam ataupun panas.

Antara jenama yang tengah terlaris dan hangat di pasaran sekarang ialah jenama Hijrah Water dan Cuckoo. Jadi kenapa anda nak kena ada penapis air ni? Tak boleh ke masak sendiri macam biasa?

Jadi dalam perkongsian ini saya ceritakan 7 sebab anda perlu ada penapis air seperti Hijrah water, Coway dan Cuckoo.

1. Sistem Penapisan Berkualiti

Air yang tercemar mampu menjadi punca pelbagai penyakit. Air yang anda minum itu nampak bersih tapi ia masih mengandungi karat, kuman,virus, logam berat, bahan radioaktif malahan najis yang turut sama keluar dari paip air yang dibekalkan ke rumah anda.

Walaupun air telah dirawat dengan klorin di loji air, banyak lagi unsur-unsur cemar yang terdapat di dalam air paip yang masih tertinggal dan boleh memudaratkan kesihatan anda. Sistem penapisan air seperti Hijrah Water, memastikan bahan-bahan tersebut dapat ditapis. Hijrah Water mempunyai sehingga 6 penapisan air iaitu :-

  1. CERAMIC AND CLAY FILTRATION
  2. CTO AND MINERAL
  3. RESIN AND BAMBOO CARBON
  4. ORP AND ACF
  5. ALKALINE + NANO +TUORMALINE
  6. HIJRAH BIO FSHAP FILTER

Dengan teknologi penapisan ini, anda dapat mengelakkan elemen-elemen kotor yang mampu membawa penyakit.

2. Kualiti Air Mineral Yang Penuh Zat

Sistem penapisan air seperti Hijrah Water dan Cuckoo menghasilkan air yang lebih berkualiti berbanding air paip biasa. Sebagai contoh, Hijrah Water menghasilkan air mineral beralkali kalsium kolagen.

Kalsium amat diperlukan oleh tubuh, tulang dan gigi terutama kepada kanak-kanak dan orang dewasa. Selain itu kandungan alkali pula bagi membantu untuk meneutralkan asid dalam badan, memudahkan sistem pencernaan, membantu untuk diet, anti penuaan dan khasiat lain

Kajian juga mendapati pH Hijrah Water hampir sama dengan pH air zam-zam. Jadi tak hairanlah sekiranya ramai yang mahukan air Hijrah Water.

Kualiti air menyamai air zam-zam iaitu air yang paling berkualiti di dunia ni.

3. Memudahkan

Dengan sistem penapis air yang berkualiti seperti Cuckoo dan Hijrah water, anda dah tak perlu masak air secara manual lagi. Anda juga tak perlu beli air mineral di pasar raya dan juga ringankan kerja di rumah.

Daripada anda habiskan masa untuk menunggu air siap tuang ke dalam bekas, kemudian pindahkan ke dalam cerek, kemudian tunggu air tu masak, dan kena tunggu pula air tu sejuk, baru boleh minum, kan banyak kerja tu.

Dengan sistem penapis air ni, anda boleh minum je terus air. Tak perlu tunggu dah. Nak air sejuk ke, air panas ke, boleh tekan je terus untuk air itu.

4. Servis Yang Efektif

Kebanyakan servis penapis air ni amat teliti dan kerap. Kalau Hijrah Water, kekerapan servis bergantung pada model penapis air. Ada penapis air yg ada 4 filter, ada yang 6 filter.

Hijrah Water menggunakan sistem 6 langkah dalam proses servis mereka.

  1. Proses sterilisation dan cucian tangki
  2. Pertukaran katrij
  3. Proses sterilisation dan pencucian water tap
  4. Penyelenggaraan sistem
  5. Pembersihan luaran
  6. Menyimpan rekod pada kad servis

Proses 6 langkah ini memastikan dalaman, luaran, dan semua aspek kualiti Hijrah Water di rumah anda sentiasa dibersihkan dan dijaga dengan baik. Jadi anda boleh lihat dia punya servis sangat efisyen supaya kualiti air di rumah anda sentiasa terjaga

5. Kos Pendaftaran Dan Pemasangan Mampu Milik

Seperti penapis air Cuckoo, kos pendaftaran dan pemasangan mereka percuma.Untuk Hijrah Water pula , ada bayaran untuk pendaftaran dan juga pemasangan.

Hijrah Water menggunakan cara bayaran bebas riba, maksudnya anda tidak akan dikenakan interest pada bayaran anda. Sekiranya anda mahukan bayaran secara ansuran, anda hanya perlu buat standing instruction direct ke akaun hijrah water setiap bulan.

Mungkin kos untuk filter Hijrah Water sedikit mahal berbanding Cuckoo dan Coway, ini kerana kualiti filter dan katrij Hijrah Water adalah antara kualiti yang terbaik sekali. Contohnya untuk model kalsium filter dan katrij , mahal sikit sebab ada teknologi Calsium Collagen.

6. Proses Refill Air Dan Dispose Air Yang Cepat

Tempoh refill atau  isian semula air ke dalam tangki penapis air ni sangat pantas mengikut kapasiti, model, dan jenama penapis air anda.Tapi, proses tersbut lagi cepat berbanding tempoh masa anda masak air secara manual.

Ada penapis air yang mampu refill balik air sekitar 300ml ke 500ml seminit. Sesetengah penapis air  tidak memerlukan tangki air yang besar kerana tempoh untuk refill/isian semula ke dalam tangki adalah sangat pantas.

Walaupun tangki tidak besar, namun ia sangat efektif dan memudahkan.Tak perlu tunggu tempoh lama untuk refill semula air ke dalam tangki. Ada juga penapis air yang menggunakan sistem Reverse Osmosis (RO) akan mengambil masa untuk isian semula ke dalam tangki air.

Kelebihannya adalah tangki air yang besar, namun tempoh isian semula yang agak lambat menyebabkan tempoh menunggu untuk tangki air penuh, proses penyejukan dan pemanasan air juga terkesan.

7. Promosi Berbaloi

Kalau anda beli penapis air, anda akan dapat banyak promosi dan mungkin juga hadiah-hadiah percuma mengikut jenama dan model penapis air itu.Misalnya Hijrah water, anda akan dapat :

1. Potongan harga jika dibayar tunai
2. FREE gifts untuk produk tertentu
3. Kerap ada promosi berdasarkan musim.

Contohnya pada musim raya ni, Hijrah Water menawarkan free gifts seperti periuk rendang bernilai RM579 untuk pembelian secara tunai water dispenser mereka. Dahlah dapat air berkualiti , dapat pula alatan dapur yang bagus lagi.

Jadi itulah serba sedikit perkongsian tentang kenapa anda perlu ada penapis air di rumah anda. Bukan sahaja harganya mampu milik, malah penapis air ni menawarkan banyak manfaat kepada anda dari segi kesihatan, penjimatan masa, memudahkan kerja, dan juga memberi air yang lebih berkhasiat kepada keluarga anda.

Air bersih adalah satu keperluan. Semua orang memerlukan air, setiap hari, untuk badan mereka. Penapis air ni bukan sahaja produk penapis air, tapi juga pelaburan untuk masa depan anda. Semoga perkongsian ringkas ini membantu anda untuk membuat keputusan yang terbaik untuk anda dan juga keluarga anda.

Suka Artikel Ini?

Share on facebook
Share di Facebook
Share on twitter
Share di Twitter
Share on whatsapp
Share di Whatsapp

Tinggalkan Komen Di Bawah